Selasa, 17 September 2019

Al 'Allamah Tuan Guru Haji Chik Kodiang ( 1898 - 2002 )






Al Allamah Tuan Guru Haji Chik Kodiang ( 1898 - 2002 )

Nama penuh ulamak besar Kedah ini ialah Tuan Guru Haji Chik Bin Ahmad al Qadahi dan beliau dilahirkan di Kuala Kangkong, Simpang Empat, Kedah.

Mendapat ilmu agama di Pondok Kenali dan Pondok Bermin selama beberapa tahun.

Diantara gurunya ialah :

1. Tok Kenali
2. Tok Bermin
3. Syeikh Abdullah Fahim

Tuan Guru Haji Chik alim 4 mazhab dan beliau alim "Tanah Jawi" bermaksud kealiman beliau digarap hanya di Tanah Jawi tidak mengembara ke Tanah Arab. Tuan Guru Haji Chik merupakan seorang wali mastur yang hanya dikenali oleh orang² tertentu sahaja ketika beliau masih hidup. Selain dari itu, beliau juga pakar didalam ilmu falak sehinggakan dirumahnya ada taqwim yang dibuat sendiri. Beliau juga pakar ilmu faraidh. Apabila mengajar faraidh, Tuan Guru akan menggunakan guruih api sahaja.

Kehidupan Tuan Guru biasa sahaja. Diriwayatkan Tuan Guru hanya makan nasi bersama air sejuk atau berlaukkan garam. Paling sedap makanannya ialah nasi dengan berlaukkan telur. Beliau juga melarang anak anak muridnya memakan makanan yang ada di dalam tin seperti ikan sardin kerana ia boleh menumpulkan otak dan hafalan ilmu. Minuman hariannya juga daripada telaga yang beliau gali sendiri, dengan erti kata lain beliau tidak minum air yang datang dari paip.

Dintara anak muridnya ialah :

1. Baba Khairul Anuar - Pondok Gajah Teriak
2. Tuan Guru Haji Hassan
3. Tuan Guru Haji Omar
4. Tuan Guru Haji Sofi Langkawi
5. Baba Syafie Thailand
6. Tuan Guru Haji Rejab
7. Ustaz Ibrahim
8. Ustaz Wan Pahang
9. Tuan Guru Ridouddin Penanti
10. Tuan Guru Haji Saufi Bin Said

Fizikal Tuan Guru Haji Chik hanya bertubuh kecil, rendah dan mukanya seiras dengan Allahyarham Ustaz Fadhil Noor. Pakaiannya hanya kain pelekat. Kadang kadang tidak memakai baju dan ada kain basahan di bahu. Beliau cukup garang tapi hatinya amat lembut. Seperti kata orang² lama "garang mulut sahaja".

Antara karomah Tuan Guru  ialah, beliau dikurniakan ingatan yang kuat dan mampu jawab satu persatu masalah hukum tanpa belek kitab. Jawapannya pasti disertakan dengan muka surat lengkap dengan barisnya sekali sungguhpun ketika itu beliau sudahpun menjangkau usia lebih 90 tahun.

Berikut merupakan antara kitab karangannya :

1. Sullamus Sibyan - Fekah
2. Luqtotus Sughra - Faraid
3. Risalah Faraid - Asas Faraid
4. Paku Iman - Usuluddin
5. Luqtotul Awraod - Perubatan

Tuan Guru Haji Chik Kodiang meninggal dunia ketika berusia 104 tahun dan dikebumikan di Masjid Al Ridzwaniah, Kodiang.

Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya. Amin

*Sumber - Maklumat awam di FB

#KenaliUlamak









Tiada ulasan:

Catat Ulasan