Selasa, 17 September 2019

Al 'Allamah Tuan Guru Haji Chik Kodiang ( 1898 - 2002 )






Al Allamah Tuan Guru Haji Chik Kodiang ( 1898 - 2002 )

Nama penuh ulamak besar Kedah ini ialah Tuan Guru Haji Chik Bin Ahmad al Qadahi dan beliau dilahirkan di Kuala Kangkong, Simpang Empat, Kedah.

Mendapat ilmu agama di Pondok Kenali dan Pondok Bermin selama beberapa tahun.

Diantara gurunya ialah :

1. Tok Kenali
2. Tok Bermin
3. Syeikh Abdullah Fahim

Tuan Guru Haji Chik alim 4 mazhab dan beliau alim "Tanah Jawi" bermaksud kealiman beliau digarap hanya di Tanah Jawi tidak mengembara ke Tanah Arab. Tuan Guru Haji Chik merupakan seorang wali mastur yang hanya dikenali oleh orang² tertentu sahaja ketika beliau masih hidup. Selain dari itu, beliau juga pakar didalam ilmu falak sehinggakan dirumahnya ada taqwim yang dibuat sendiri. Beliau juga pakar ilmu faraidh. Apabila mengajar faraidh, Tuan Guru akan menggunakan guruih api sahaja.

Kehidupan Tuan Guru biasa sahaja. Diriwayatkan Tuan Guru hanya makan nasi bersama air sejuk atau berlaukkan garam. Paling sedap makanannya ialah nasi dengan berlaukkan telur. Beliau juga melarang anak anak muridnya memakan makanan yang ada di dalam tin seperti ikan sardin kerana ia boleh menumpulkan otak dan hafalan ilmu. Minuman hariannya juga daripada telaga yang beliau gali sendiri, dengan erti kata lain beliau tidak minum air yang datang dari paip.

Dintara anak muridnya ialah :

1. Baba Khairul Anuar - Pondok Gajah Teriak
2. Tuan Guru Haji Hassan
3. Tuan Guru Haji Omar
4. Tuan Guru Haji Sofi Langkawi
5. Baba Syafie Thailand
6. Tuan Guru Haji Rejab
7. Ustaz Ibrahim
8. Ustaz Wan Pahang
9. Tuan Guru Ridouddin Penanti
10. Tuan Guru Haji Saufi Bin Said

Fizikal Tuan Guru Haji Chik hanya bertubuh kecil, rendah dan mukanya seiras dengan Allahyarham Ustaz Fadhil Noor. Pakaiannya hanya kain pelekat. Kadang kadang tidak memakai baju dan ada kain basahan di bahu. Beliau cukup garang tapi hatinya amat lembut. Seperti kata orang² lama "garang mulut sahaja".

Antara karomah Tuan Guru  ialah, beliau dikurniakan ingatan yang kuat dan mampu jawab satu persatu masalah hukum tanpa belek kitab. Jawapannya pasti disertakan dengan muka surat lengkap dengan barisnya sekali sungguhpun ketika itu beliau sudahpun menjangkau usia lebih 90 tahun.

Berikut merupakan antara kitab karangannya :

1. Sullamus Sibyan - Fekah
2. Luqtotus Sughra - Faraid
3. Risalah Faraid - Asas Faraid
4. Paku Iman - Usuluddin
5. Luqtotul Awraod - Perubatan

Tuan Guru Haji Chik Kodiang meninggal dunia ketika berusia 104 tahun dan dikebumikan di Masjid Al Ridzwaniah, Kodiang.

Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya. Amin

*Sumber - Maklumat awam di FB

#KenaliUlamak









Rabu, 11 September 2019

Al Allamah Tuan Guru Haji Yusuf Belimbing ( 1923 - 1999 )




Al Allamah Tuan Guru Haji Yusuf Belimbing ( 1923 - 1999 )

Nama sebenarnya ialah Tuan Guru Haji Yusuf Bin Haji Ahmad dan beliau dilahirkan di Kampung Kedai Buluh, Kota Bahru, Kelantan.

Pendidikan awalnya bermula di Pondok Pulau Pisang dan seterusnya ke Pondok Melor. Selepas itu, beliau memasuki Pondok Berangan, Tumpat. Diantara gurunya ialah :

1. Tuan Guru Haji Ali Pulau Pisang
2. Tuan Guru Haji Abdul Kadir Melor
3. Tuan Guru Haji Yaakub Berangan @ Yaakub Kelong ( Ayah Datuk Haji Ahmad MB Kelantan )

Antara sahabat seperguruannnya ketika menuntut ilmu ialah :

1. Tuan Guru Haji Abdul Aziz Pasir Tumboh
2. Tuan Guru Haji Mustafa Pasir Tumboh
3. Tuan Guru Haji Wan Abbas Bin Haji Wan Mustafa Bin Haji Wan Abdul Rahman Bin Tuan Jamal Peringat - Imam Peringat
4. Ustaz Azhari - Menantu Tuan Guru Haji Abdul Kadir Melor & Bekas Exco Kelantan

Selepas selesai menuntut ilmu, beliau telah berhijrah ke kampung halaman isterinya iaitu di Kampung Belimbing lalu membuka sebuah surau di sebelah rumahnya dan mengajar cara sistem pondok.

Apabila Masjid Ubudiah Kampung Belimbing siap dibina pada tahun 1971, Tuan Guru Haji Yusuf telah dipilih sebagai imam tua pertama di masjid tersebut.

Diantara anak murid beliau ialah :

1. Baba Muhammad Rusydi Pondok Bongor
2. Dato Dr Wan Mansor Hamzah - Bekas Pengarah Kesihatan Pulau Pinang
3. Tuan Guru Haji Che Hussin Bin Che Awang
4. Penghulu Haji Lazim Bin Haji Mat
5. Lebai Haji Muhd Zin

Tuan Guru Haji Yusuf Belimbing meninggal dunia ketika berusia 76 tahun.

Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya. Amin

*Sumber - Baba Muhammad Rusydi

#KenaliUlamak








Selasa, 2 April 2019

Al 'Allamah Wali Allah Tuan Guru Haji Saad Mogoi







Al 'Allamah Wali Allah Tuan Guru Haji Saad Mogoi | Tok Mogoi ( Meninggal Tahun 1969 )

Wali Allah yang tinggal di Pokok Sena ini merupakan anak murid Pak Da Eil Mekah. Beliau seorang yang cukup tegas . Jika ada sesuatu fakta itu bercanggah dengan Islam , dia sanggup berhujah dengan siapa sahaja untuk memperbetulkan ia .

Banyak dengar kisahnya dari anak murid beliau iaitu Tuan Guru Haji Jusoh . Antara yang saya ingat ialah , kata TG Hj Jusoh bila kita makan sekali dengan dia kalau kita kata makanan tu sedap dia akan ambik air tambah dalam makanan tu bagi jadi tak sedap sebab dia nak kita makan makanan tu atas sebab niat nak sihat tubuh badan senang buat amal bukannya sebab sedap .

Pesannya kepada murid beliau :
Mu kena ikhlaskan hati , mu ada mata mu tengok , mu ada hati mu prati , mu ada akai mu tenung . Mana elok mu ikut .

Antara karamah beliau ialah :

1. Ketika masuk sahaja waktu solat bas yang dinaiki Almarhum Tuan Guru Haji Saad Mogoi ini akan mati serta merta jika driver bas tak hentikan bas
2. Apabila hujan lebat Tok Mogoi tetap akan redah tanpa basah lencun
3. Jika wayang2 ditayang dikampung apabila Tok Mogoi lalu sahaja wayang tersebut akan mati @ terpadam serta merta
( Dikisahkan daripada Tok Wan Noh , Kampung Bukit )

Antara anak muridnya ialah :-

1. Tuan Guru Haji Jusoh Hussin Tobiaq
2. Tuan Guru Haji Ahmad | Pak Teh Mad Kuala Nerang
3. Tuan Guru Haji Mahmood Kampung Budi
4. Tuan Guru Wan Saad Bin Haji Sa'id

Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya . Amin

#KenaliUlamak

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2363972270280085&set=a.2363925896951389&type=3&theater





Al 'Allamah 'Arif Rabbani Bahjah Al Din Syaikh Wan Daud Al-Fatoni





Al 'Allamah 'Arif Rabbani Bahjah Al Din Syaikh Wan Daud Bin Syaikh Wan Abdullah Al Fathoni Rahimahullah | Syaikh Daud Al Fathoni ( 1769 - 1849 )

Beliau merupakan seorang cendiakawan Islam yang digelar Bahjah Al Din ( Keelokan Agama )&"Tuan Kitab " kerana karya karya agungnya yang amat terkenal bagi para penadah kitab jawi . 

Dilahirkan di Kampung Parit Marhum , Kerisik , Patani

Diantara guru guru beliau ialah :

1. Syeikh Abdul Samad al-Falimbani ( 1704 - 1791)
2. Syeikh Muhammad Bin Ali al-Shanwani ( Meninggal 1817)
3. Syeikh Abdullah Bin Ibrahim al-Sharqawi | Imam Sharqawi (1737-1812)
4. Syeikh Muhammad Salih Bin Ibrahim al-Zubayri (1774-1825)
5. Syeikh Abdullah al-Mahjub al-Mirghani ( Meninggal 1792)
6. Syeikh Muhammad As’ad al-Hanafi al-Makki
7. Syeikh Ahmad al-Marzuqi al-Maliki
8. Syeikh Muhammad Zain Aceh
9. Syeikh Muhammad Arsyad al Banjari
10. Syeikh Abdul Rahman Mubin Pondok Pauh Bok
11. Syeikh Muhammad Nafis Bin Hussain al Banjari
12. Syeikh Muhammad Syihab al Din Bin Zainal Abidin
13. Syeikh Abdullah Bin Ismail
14. Syeikh Muhammad Bin Syeikh Ahmad Khatib
15. Syeikh Isa Bin Ahmad Isa al Barrawi
16. Wali Qutb Syeikh Muhammad Bin Abdul Karim al-Sammani al-Madani ( 1717 - 1775 )
17. Syeikh Ibrahim Bin Muhammad al Rais al Zamzami
18. Syeikh Muhammad Shaleh Bin Abdur Rahman al Fathani

Diantara kitab karangan Syeikh Daud yang mekar di Nusantara sehingga ke hari ini ialah :

1. Bughyatul Tullab - ( Syarah Kitab Sabilal Muhtadin Karangan Syeikh Arsyad al Banjari )
2. Al Said wa al Dhabaih ( Feqah - Hukum Penyembelihan )
3. Bahjatus Saniyah - 1842 ( Tauhid )
4. Kayfiyyah Khatam al Quran ( Kesempurnaan Bacaan Quran )
5. Kaifiyyah Solah Tarawih ( Solat Tarawih & Zikir Tariqat )
6. Idhah al Bab ( Munakahat )
7. Al Dur al Thamin - 1913 ( Tauhid )
8. Muqadimah al Kubro ( Tauhid )
9. Bulughul Maram - 1812 ( Feqah - Niat & Solat )
10. Bidayatul Hidayah - 1837 ( Terjemahan dari karya Imam Ghazalli )
11. Diya'ul Murid ( Zikir )
12. Wasaya al Abror ( Tasawuf )
13. Risalah al Masail ( Solat Jumaat )
14. Kifayatul Mubtadi ( Tauhid )
15. Ward al Zawahir ( Syarah Kitab Jawharah al Tauhid )
16. Al Jawahir Al Saniyyah - 1836 ( Akidah & Feqah )
17. Ghayah al Maram - 1830 ( Haji & Umrah )
18. Kifayah al Muhtaj ( Israk Mikraj )
19. Bahjah al Wardiyyah - 1843 ( Tauhid )
20. Furual Masail - 1841 ( Feqah )
21. Sullam al Mubtadi ( Feqah - Aqiqah )
22. Nahj al Raqibin - 1811 ( Muamalat & Jinayat )
23. Munyatul Musolli - 1827 ( Solat )
24. Minhajul Abidin - ( Ditulis dalam Jawi dari Karya Imam Ghazalli )

Berikut merupakan diantara anak muridnya :

1. Tok Pulai Chondong ( 1792 - 1873 )
2. Lebai Iman
3. Lebai Wan Su Bin Wan Muhammad al-Fatani ( Meninggal 1817 )
4. Syeikh Ahmad Khatib Sambas ( 1805 - 1875 ) - Pengarang Kitab Fathul Arifin
5. Tuan Guru Haji Sulaiman Bin Ahmad Shah ( Meninggal 1818-27)
6. Tuan Bukit Bayas ( 1790-1864 )
7. Tuan Guru Haji Mahmud Bin Muhammad Yusuf Bin Abdul Qadir al-Jawi al-Tarkanu ( 1819-1874 )
8. Syeikh Abdul Malik Bin Isa al-Tarkanu ( Meninggal 1823 ) - Cucu Tok Pulau Manis
9. Tuan Guru Ibrahim Bin Wan Su al-Fatani ( Meninggal 1827)
10. Syeikh Wan Ali Bin Wan Hamid
11. Syeikh Zainuddin Bin Muhammad al Badawi as Sumbawi
12. Tok Guru Haji Hassan | Ong San ( Meninggal 1849-60 an)
13. Tuan Hassan Besut ( Meninggal 1864 )
14. Syeikh Abdul Rahman Bin Abdul Samad al-Fatani ( Meninggal 1831-39 )
15. Tok Bendang Daya Muda ( 1818 - 1895 ) - Ayah Pak Da Eil Mekah
16. Syeikh Muhammad Zain Bin Syeikh Haji Wan Mustafa al-Fatani ( 1817 - 1908 ) - Ayah Syeikh Wan Ahmad al Fathani
17. Syeikh Ahmad al-Jawi Kedah (Meninggal 1832 )
18. Syeikh Haji Wan Musa al-Fatani
19. Syeikh Arshad Bin Abdullah al-Jawi al-Tarkanu ( Meninggal 1841/2 )
20. Tok Syeikh Duyong | Syeikh Abdullah Bin Muhammad Amin al-Fatani ( 1802 - 1889 )
21. Syeikh Muhammad Shihabudin Bin Syeikh Muhammad Arsyad al Banjari ( Meninggal 1842-43 ) - Anak kepada Syeikh Muhammad Arsyad al Banjari
22. Syeikh Haji Derani ( Meninggal 1880 ) - Datuk kepada Tok Pulau Ubi & Tok Guru Dala
23. Syeikh Abdul Hadi Bin Muhammad Isam al-Fatani ( Meninggal 1844 )
24. Syeikh Nik Dir Patani ( 1829 - 1898 ) - Mahaguru bagi sekalian guru Ilmu Tasawuf
25. Syeikh Abdul Halim Kelantan - Anak angkat Sultan Kelantan Long Yunus
26. Tuan Guru Haji Jamaluddin Bin Lebai Muhammad Kelantan
27. Syeikh Wan Ali Bin Ishaq al Fathani - Saudara kandung Tuan Hassan Besut
28. Syeikh Zainuddin Aceh - Guru kepada Syeikh Nawawi al Bantani
29. Sultan Muhammad Syafiuddin ( Lahir 1767 ) - Sultan Kerajaan Sambas ke 8
30. Raja Haji Ahmad Bin Raja Haji Riau ( 1779 - 1874 ) - Kerabat Diraja Riau
31. Syeikh Ismail Minangkabau ( Meninggal 1863 )- Penyiar Tarekat Naqshabandiyah al Kholidiyah
32. Syeikh Muhammad Saleh Bin Murid ar Rawa ( Meninggal 1856 ) - Pengarang Kitab Fathul Mubin
33. Tengku Tembusai ( 1784 - 1882 ) - Pahlawan Melayu

Beliau meninggal dunia di Taif dan jenazahnya dikebumikan di sebelah maqam sahabat Nabi s.a.w Abdullah Bin Abbas r.a .

Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya . Amin

#KenaliUlamak


https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2363971540280158&set=a.2363925896951389&type=3&theater


Al-'Alamah 'Arif Billah Sibawih Soghir Syaikh Wan Ahmad Al-Fatoni





Al-'Alamah 'Arif Billah Sibawih Soghir Syaikh Wan Ahmad Al-Fatoni Bin Syeikh Wan Muhammad Zain ( 1856 - 1908 )

Sejarah telah mencatatkan bahawa nama beliau sebagai Ulamak Alam Melayu yang teragung selepas nama Syeikh Daud al Fathani . Keazaman dan kecekalannya dalam menuntut ilmu telah diiktiraf seluruh dunia . Anak murid beliau beribu dan mereka bertebaran diseluruh pelosok bumi nusantara menyampaikan sanad ilmu beliau pada masyarakat .

Syeikh Ahmad lahir di Kampung Yaring , Daerah Jambu , Patani . Ketika beliau masih kecil sekitar 4 tahun , beliau telah merantau bersama keluarganya ke Mekah . Disana bermulalah perjalanan agungnya dalam menuntut ilmu .

Diantara guru guru beliau ialah :

1. Syeikh Nik Dir Patani (1829-1928)
2. Syeikh Wan Ali Kutan (1837-1913)
3. Syeikh Nik Mat Kecik (1844-1915)
4. Syeikh Umar al-Shami al-Baqa’i (1829-1896
5. Sayyid Husayn al-Habshi
6. Sayyid Abu Bakri Shatha (M. 1893 )
7. Sayyid Muhammad Amin al-Ridhwan
8. Sayyid Muhammad Ali Bin Sayyid Zhahir al-Watri
9. Syeikh Abdul Qadir al-Shibli al-Tarablusi
10. Syeikh Ahmad Bin Zaini Dahlan ( M.1886 )
11. Syeikh Muhammad Bin Sulaiman Hasbullah al-Makki (M. 1917)
12. Syeikh Muhammad Haqqi al-Nazili
13. Syeikh Ibrahim al-Rashidi (M. 1874)
14. Syeikh Ahmad al-Dandarawi (M. 1909)
15. Syeikh Abdul Rahim al-Kabuli
16. Syeikhh Mustafa al Afifi - Cairo
17. Syeikh Muhammad Said Bin Isa al-Kalantani
18. Syeikh Abdul Mutalib Kuta al-Kalantani
19. Syeikh Muhammad Abduh (1849-1905) - Mesir

Seorang yang alim 47 dari 60 cabang ilmu yang wujud di dunia . Antara ilmu yang beliau kuasai ialah :

1. Pakar Perubatan - Karyanya ialah Kitab Taiyyib al-Ihsan fi al-Tibb al-Insan / Kitab Perubatan Melayu

2. Pakar Ilmu Filologi Melayu - Kajian lengkap dan berjaya mentafisr maksud2 kalam didalam Kitab Hikam Ibnu Athaillah & Kitab Furu Al Masail Syeikh Daud Al Fathoni

3. Pakar Kimia - Boleh mencipta emas murni 24 karat atau jenis-jenis emas yang lain dengan menggunakan pelbagai bahan yang berbeza.

4. Pakar Bidang Teknologi & Sains - Di tahun 1870an lagi beliau telah meramal akan ada komputer & industri percetakan . Ditulis beliau didalam karya agungnya berjudul Hadiqatul Azhar .

5. Pakar Politik - Dilantik sebagai penasihat Syarif/Raja Mekah ketika itu, sekali gus diberi kerakyatan Turki Uthmaniah pada 1889 & Mewujudkan sebuah organisasi politik Islamiyah bernama al-Jami’yah al-Fathaniyyah .

Beliau telah mengarang sebanyak 160 buah kitab dan diantara kitab karanganya yang mahsyur sehingga ke hari ini ialah :

1. Al Fatawa Al Fataniyyah ( 1890 )
2. Bahjatul al-Mubtadin Wa Farhatu al-Mujtadi ( 1892 )
3. Faridatul Faraid ( 1895 )
4. Unwan Al Fallah ( 1902 )

Antara anak murid beliau yang ada diseluruh Nusantara ialah :

1. Sohibus Samahah Dato’ Haji Abdullah Bin Musa al-Kelantani, Mufti Kerajaan Johor ( M. 1916)
2. Sohibus Samahah Tuan Guru Haji Wan Ishak Bin Imam Haji Abdullah - Mufti Kerajaan Kelantan ( M. 1915)
3. Tuan Guru Haji Umar Bin Ismail Sungai Keladi
4. Tok Kemuning / Tuan Guru Haji Ismail Bin Haji Senik ( M.1934)
5. Tok Kenali atau / Syeikh Haji Muhammad Yusuf Bin Ahmad ( M. 1933)
6. Tok Selehong / Tuan Guru Haji Abdul Rahman Syairb Bin Haji Usman (M. 1935)
7. Tok Padang Jelapang / Tuan Guru Haji Wan Ahmad Bin Haji Abdul Halim (M. 1935)
8. Sohibus Samahah Tuan Guru Haji Wan Musa Bin Haji Abdul Somad - Mufti Kerajaan Kelantan (M. 1939)
9. Dato’ Haji Muhammad Bin Dato Haji Muhammad Said Khatib - Setiausaha Kerajaan Kelantan (M.1939)
10. Tuan Guru Haji Ismail Bin Haji Mahmud (M.1941)
11. Tuan Guru Haji Muhammad Soleh Bin Haji Hasan
12. Tuan Guru Haji Wan Musa Bin Wan Ahmad - Imam Rantau Panjang (M. 1942)
13. Tuan Guru Haji Ismail Bin Haji Abdul Majid al-Kelantani - Mufti Kerajaan Pontianak (M.1950)
14. Tuan Guru Haji Wan Abdullah Bin Ismail - Geting (M. 1952)
15. Tuan Guru Haji Ismail Kecik Bin Abdul Wahhab - Nering (M.1953)
16. Tok Bacok / Tuan Guru Haji Usman Bin Haji Muhammad (M.1953)
17. Sohibus Samahah Tok Raja / Tuan Guru Haji Ibrahim Bin Muhammad Yusuf - Mufti Kerajaan Kelantan ( M.1955)
18. Tok Pulau Ubi / Tuan Guru Haji Yusuf Bin Abdul Rahman
19. Dato’ Haji Nik Mahmud Bin Haji Ismail Qadhi - Menteri Besar Kelantan (M.1964)
20. Tuan Guru Haji Said Bin Abdul Salam - Besut Terengganu (M.1897)
21. Tuan Guru Haji Muhammad Said Bin Haji Jamaluddin - Negeri Sembilan
22. Tengku Mahmud Zuhdi Bin Tengku Abdul Rahman al-Fatani - Syeikhul Islam Kerajaan Selangor (M.1956)
23. Syeikh Wan Daud Bin Syeikh Mustafa al-Fatani (M.1936)
24. Syeikh Wan Muhammad Nur Bin Syeikh Nik Mat Kecik al-Fathani (M.1944)
25. Tuan Guru Haji Muhammad Saleh - Qadhi Kemboja
26. Tuan Guru Haji Muhammad Jabbar Khatib Bin Haji Muhammad Arif - Maharaja Imam Kerajaan Sambas, Kalimantan
27. Syeikh Muhammad Saad Mongka - Paya Kumbuh, Sumatra (M.1339 H)
28. Maulana Syeikh Sulaiman al Rusli - Condong, Bukit Tinggi, Sumatra (M.1970)
29. Syeikh Mustafa Husin - Purba, Mendahiling, Sumatra (M.1955)
30. Syeikh Hasanuddin Bin Syeikh Maksum / Imam Paduka Tuan - Mufti Kerjaan Deli, Sumatra
31. Tuan Guru Haji Wan Abdullah Bendang Gucil - Patani ( M.1913)
32. Tuan Guru Haji Cik Ibrahim Bin Musa - Bendang Gucil.
33. Tuan Guru Haji Abdul Samad Bin Muhammad Saman - Jakar, Patani (M.1945)
34. Tuan Guru Haji Wan Harun Bin Haji Wan Hasan - Qadhi Patani
35. Tok Kelaba / Tuan Guru Haji Muhammad Husin Bin Abdul Latif - Kelapa Baris, Patani (M.1948)
36. Tuan Guru Pakcu Yeh /Tuan Guru Haji Idris Bin Abdul Karim - Kampung Tok Raja Haji, Patani (M.1935)
37. Tok Bermin / Tuan Guru Haji Wan Muhammad Bin Haji Wan Idris - Bermin, Patani (M.1957)
38. Tuan Guru Haji Wan Ahmad Faluan Bin Yusuf - Nadi Tanjung, Patani (M.1958)
39. Syeikh Othman Serawaki

Beliau wafat di Mina ketika menunaikan Haji dan disemadikan di perkuburan Ma'la dibawah kaki Ummul Mukminin Saidatina Khadijah al Kubro RadhiAllahu Anha .

Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya . Amin

#KenaliUlamak


https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2363968260280486&set=a.2363925896951389&type=3&theater






Khamis, 29 November 2018

Ziarah Di Terengganu




Al Hamdulillah, dapat duduk di dalam kuliah Ustaz Wan Junaidi.










Majlis bersama Baba Ismail Sepanjang dan para 'alim ulama' di Terangganu.









Isnin, 23 April 2018

Ziarah Tuan Guru Dato Ustaz Haji Mohamad Saleh bin Haji Ahmad


21 Mac 2018 Rabu

Al Hamdulillah, dapat ziarah Tuan Guru Dato Ustaz Haji Mohamad Saleh bin Haji Ahmad