Selasa, 17 September 2019

Al 'Allamah Tuan Guru Haji Chik Kodiang ( 1898 - 2002 )






Al Allamah Tuan Guru Haji Chik Kodiang ( 1898 - 2002 )

Nama penuh ulamak besar Kedah ini ialah Tuan Guru Haji Chik Bin Ahmad al Qadahi dan beliau dilahirkan di Kuala Kangkong, Simpang Empat, Kedah.

Mendapat ilmu agama di Pondok Kenali dan Pondok Bermin selama beberapa tahun.

Diantara gurunya ialah :

1. Tok Kenali
2. Tok Bermin
3. Syeikh Abdullah Fahim

Tuan Guru Haji Chik alim 4 mazhab dan beliau alim "Tanah Jawi" bermaksud kealiman beliau digarap hanya di Tanah Jawi tidak mengembara ke Tanah Arab. Tuan Guru Haji Chik merupakan seorang wali mastur yang hanya dikenali oleh orang² tertentu sahaja ketika beliau masih hidup. Selain dari itu, beliau juga pakar didalam ilmu falak sehinggakan dirumahnya ada taqwim yang dibuat sendiri. Beliau juga pakar ilmu faraidh. Apabila mengajar faraidh, Tuan Guru akan menggunakan guruih api sahaja.

Kehidupan Tuan Guru biasa sahaja. Diriwayatkan Tuan Guru hanya makan nasi bersama air sejuk atau berlaukkan garam. Paling sedap makanannya ialah nasi dengan berlaukkan telur. Beliau juga melarang anak anak muridnya memakan makanan yang ada di dalam tin seperti ikan sardin kerana ia boleh menumpulkan otak dan hafalan ilmu. Minuman hariannya juga daripada telaga yang beliau gali sendiri, dengan erti kata lain beliau tidak minum air yang datang dari paip.

Dintara anak muridnya ialah :

1. Baba Khairul Anuar - Pondok Gajah Teriak
2. Tuan Guru Haji Hassan
3. Tuan Guru Haji Omar
4. Tuan Guru Haji Sofi Langkawi
5. Baba Syafie Thailand
6. Tuan Guru Haji Rejab
7. Ustaz Ibrahim
8. Ustaz Wan Pahang
9. Tuan Guru Ridouddin Penanti
10. Tuan Guru Haji Saufi Bin Said

Fizikal Tuan Guru Haji Chik hanya bertubuh kecil, rendah dan mukanya seiras dengan Allahyarham Ustaz Fadhil Noor. Pakaiannya hanya kain pelekat. Kadang kadang tidak memakai baju dan ada kain basahan di bahu. Beliau cukup garang tapi hatinya amat lembut. Seperti kata orang² lama "garang mulut sahaja".

Antara karomah Tuan Guru  ialah, beliau dikurniakan ingatan yang kuat dan mampu jawab satu persatu masalah hukum tanpa belek kitab. Jawapannya pasti disertakan dengan muka surat lengkap dengan barisnya sekali sungguhpun ketika itu beliau sudahpun menjangkau usia lebih 90 tahun.

Berikut merupakan antara kitab karangannya :

1. Sullamus Sibyan - Fekah
2. Luqtotus Sughra - Faraid
3. Risalah Faraid - Asas Faraid
4. Paku Iman - Usuluddin
5. Luqtotul Awraod - Perubatan

Tuan Guru Haji Chik Kodiang meninggal dunia ketika berusia 104 tahun dan dikebumikan di Masjid Al Ridzwaniah, Kodiang.

Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya. Amin

*Sumber - Maklumat awam di FB

#KenaliUlamak









Rabu, 11 September 2019

Al Allamah Tuan Guru Haji Yusuf Belimbing ( 1923 - 1999 )




Al Allamah Tuan Guru Haji Yusuf Belimbing ( 1923 - 1999 )

Nama sebenarnya ialah Tuan Guru Haji Yusuf Bin Haji Ahmad dan beliau dilahirkan di Kampung Kedai Buluh, Kota Bahru, Kelantan.

Pendidikan awalnya bermula di Pondok Pulau Pisang dan seterusnya ke Pondok Melor. Selepas itu, beliau memasuki Pondok Berangan, Tumpat. Diantara gurunya ialah :

1. Tuan Guru Haji Ali Pulau Pisang
2. Tuan Guru Haji Abdul Kadir Melor
3. Tuan Guru Haji Yaakub Berangan @ Yaakub Kelong ( Ayah Datuk Haji Ahmad MB Kelantan )

Antara sahabat seperguruannnya ketika menuntut ilmu ialah :

1. Tuan Guru Haji Abdul Aziz Pasir Tumboh
2. Tuan Guru Haji Mustafa Pasir Tumboh
3. Tuan Guru Haji Wan Abbas Bin Haji Wan Mustafa Bin Haji Wan Abdul Rahman Bin Tuan Jamal Peringat - Imam Peringat
4. Ustaz Azhari - Menantu Tuan Guru Haji Abdul Kadir Melor & Bekas Exco Kelantan

Selepas selesai menuntut ilmu, beliau telah berhijrah ke kampung halaman isterinya iaitu di Kampung Belimbing lalu membuka sebuah surau di sebelah rumahnya dan mengajar cara sistem pondok.

Apabila Masjid Ubudiah Kampung Belimbing siap dibina pada tahun 1971, Tuan Guru Haji Yusuf telah dipilih sebagai imam tua pertama di masjid tersebut.

Diantara anak murid beliau ialah :

1. Baba Muhammad Rusydi Pondok Bongor
2. Dato Dr Wan Mansor Hamzah - Bekas Pengarah Kesihatan Pulau Pinang
3. Tuan Guru Haji Che Hussin Bin Che Awang
4. Penghulu Haji Lazim Bin Haji Mat
5. Lebai Haji Muhd Zin

Tuan Guru Haji Yusuf Belimbing meninggal dunia ketika berusia 76 tahun.

Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya. Amin

*Sumber - Baba Muhammad Rusydi

#KenaliUlamak