Ahad, 26 April 2015

Maulana Hussin bin Abdul Qadir




Maulana Hussin bin Abdul Qadir
Berusia 52 tahun .
Sudah 26 tahun menetap di Malaysia .
Maulana Hussin sangat alim Hadith , beliau memiliki Sanad Hadith hingga kepada Imam Bukhary , Imam Mazhab 4 dan terus bersanad kepada Rasululullah SAW .
Beliau sekarang mengajar di pondok-pondok sekitar Kelantan .
Semasa di Majlis Habib Zein di Kelantan saya diperkenalkan dengan Maulana Hussin ini. Saya terkejut apabila dikenalkan dengan beliau .
Saya sangkakan beliau orang biasa .
Akhlak beliau sangat mulia dan merendah diri. Beliau TIDAK menimbulkan polemik dan isu kontroversi atau mengungkit perkara khilafiah untuk jadi glamour. Inilah sifat tawaddhuk yang ada pada beliau.
Beliau memang tidak popular, tidak glamour dan tidak dikenali ramai. TETAPI ALLAH memahsyurkan beliau di kalangan para pencinta ilmu.
Untuk hidup, beliau tidak minta jadi wakil rakyat atau exco pemuda parti politik. Beliau juga tidak gunakan populariti untuk kutip fee setiap kali berceramah. SEBALIKNYA beliau membuka restoran menjual roti canai .
Sungguh tidak disangka beliau alim besar dalam ilmu hadith sehinggakan Baba Ghazali Sekam Pattani sekalipun masih belajar dengan beliau dan termasuk Dr Lukman anak Tn Guru Hj Abdullah Lubuk Tapah masih belajar dengan beliau .
Hatta Maulana Qari Yasin yang diiktiraf sebagai ulamak hadith dunia Islam kini, memberikan gelaran MUHAQQIQ (pentahqik hadis) kepada beliau walau Maulana Husain tidak punya PhD atau menghadiri mana-mana konvo IPT sambil memakai jubah konvo dan topi konvo berwarna biru.
Moga masyarakat celik minda dan tidak mensia- siakan ulama , ambil menfaat dengan beliau terutamanya orang Kelantan yang hampir dengan beliau.



















Tiada ulasan:

Catat Ulasan