Rabu, 16 November 2011

Tokoh Ulama' Sufi dalam Parti Pas




✿ ܓMengenang Semula Tokoh Ulamak Sufi dalam PARTI ISLAM SEMALAYSIA PAS Frof Dr Burhanuddin Al-Helmy "Dari segi amalan peribadinya, beliau bersungguh-sungguh mengerjakan kewajipan sebagai seorang Islam, banyak berzikir dan kerap mengalirkan air mata apabila beliau menginsafi kekerdilan manusia dalam hubungan dengan Penciptanya. Beliau gemar mengamalkan sembahyang tahajud di waktu dinihari dan pengikut setia Tariqat Na’Syabandiah. (Saliha, 1997:22)

==>"Bukan sahaja org pas tak tahu, tak kenal dan jahil tentang Frof Dr Burhanuddin Al-Helmy, malahan banyak para pemimpin pas yg tak kenal dgn Beliau, jgn kenal dirinya sahaja, tapi kenali aqidahnya, mazhabnya & toriqah Sufinya dlm memperjuangkan Islam dan memerdekan Tanah Melayu dari Penjajah Yahudi & Nasara. Kita kena bangunkan satu tempat pengajian ditempat kelahirannya berasaskan ajaran ASWJ bermazhablkan Syafie dan Bertoriqah Sufi, mudahan beliau mendapat Rahmat & Keampunan dari Allah Taala & RasulNya"<==


~Pro Dr Burhanuddin Helmy "Kemudian setelah saya siasati kedatangan Islam ke Nusantara kita ini dan datuk nenek kita memeluk agama Islam yang hanif (yang lurus-peny.) ini terutamanya kesan-kesannya ialah daripada ‘ulama’-‘ulama’ Syafi‘i dan ‘ulama’-‘ulama’ tasawwuf, sama ada ‘ulama’-‘ulama’ itu datang secara saudagar atau secara muballigh; bukan masuk melalui ‘ulama-‘ulama’ fiqh, Islam masuk di Nusantara kita ini berkembang tidak dengan kekerasan atau paksa tetapi dengan kemahuan hati dan pilihan jua yang dapat mengatasi agama Hindu dan Buddha [se]bagaimana yang diperjuangkan oleh Wali Songo di Jawa dan lain-lain kepulauan maka beransur-ansur nampaklah saya kesenian ilmu tasawwuf".
Sila rujuk risalah ‘Simposium Tasauf Dan Tariqat’ oleh Pro Dr Burhanuddin terbitan Maktabah Haji Abdullah bin Mohd Nordin Ar-Rawi Pulau Pinang, cetakan pertama 1966.

»-»-»-»- »-»-»-»- »-»-»-»- »-»-»-»- »-»-»-»- »-»-»-»- »-»-»-»- »-»-»-»-

❀ ܓ Dr Burhanuddin seorang ahli sufi walaupun beliau tidak pernah mengatakan bahawa beliau seorang ahli sufi. Hal ini dinyatakan oleh seorang rakan seperjuangan beliau dengan menyebut:
""Sepanjang hayat saya, saya belum pernah lagi berjumpa dengan orang-orang yang berkebolehan seperti Dr Burhanuddin. Ramai yang sufi tetapi tidak pula alim bahasa, ramai pula orang alim bahasa tetapi bukan pula ahli pol
itik, ramai orang ahli politik tetapi bukannya orang sufi, ada juga agaknya orang yang ahli bahasa merangkap ahli politik tetapi bukannya seorang doktor perubatan, dan doctor jiwa atau, mungkin ada memiliki segala-galanya yang dimiliki oleh Dr Burhanuddin umpamanya tetapi tidak serendah hati beliau terhadap semua manusia"". (Majid Saleh, 1991:5-6) Dr Burhanuddin Al-Helmy Rahimahullah.


>>> Kata2 dari mulut pejuang Islam yg hakiki dan bertoriqah Sufi.. "Janganlah lemah ahli-ahli Tariqat Sufiah meneruskan jihad di tengah-tengah masyarakat kebendaan yang perlu disiram dengan siraman jiwa tauhid dan sufiah" Bukan jiwa salafiah yg Maghrur dari yahudi.....◕‿◕

سبحان الله وبحمده،سبحان الله العظيم

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم —



Sumber: http://www.facebook.com/photo.php?fbid=240062479389420&set=a.141452389250430.29848.100001570088525&type=1&ref=nf - Klik